Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menjaga kebersihan tanggungjawab bersama- SAMSUDIN

3:13pm 04/09/2016 Leolerry Lajius 20 views Sandakan,Tempatan
Kenangan....Samsudin bersama penghuni Flat MPS Batu Sapi bergambar kenangan.

Kenangan….Samsudin bersama penghuni Flat MPS Batu Sapi bergambar kenangan.

SANDAKAN: Orang ramai diingatkan agar tidak meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

 

Sebaliknya kata Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya semua pihak perlu sama-sama berganding bahu bagi memastikan persekitaran tempat tinggal mereka bersih dan indah.

 

Menurutnya, sudah tiba masa masyarakat mengubah mentaliti mereka seiring menuju kawasan perumahan yang bersih, bebas daripada wabak denggi dan bersama-sama bergotong-royong membersih kawasan perumahan mereka.

 

Beliau berkata demikian semasa Program Gotong royoang kawasan Flat MPS Batu Sapi, Sandakan.

 

Tambah Samsudin, sikap dan kerjasama yang ditunjukkan penduduk Flat MPS Batu Sapi perlu dijadikan contoh kepada persatuan perumahan lain di kawasan Parlimen Batu Sapi.

 

“Bukan mudah untuk mengumpul masyarakat terutamanya pada hujung minggu namun, saya lihat program kali ini menerima sambutan memuaskan,” katanya.

 

Di samping itu katanya, kegiatan gotong-royong mampu memperkukuh ikatan persaudaraan malah mempererat kerjasama sekaligus melestarikan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan masyarakat.

 

Program ini sekali gus mengeratkan lagi hubunagn rakyat dengan pemimpin, dan membolehkan mereka bertukar-tukar fikiran serta memberi pandangan positf dalam menjayakan setiap usaha kerajaan untuk membangunkan rakyat di kawasan Dun Sekong.

 

Hadir sama En. Zantapha Zinal Abidin, PPM, Cik Khatijah Ebrahim, Naib Ketua Puteri,  Patrol Denggi SR Karamunting, Staff UPPM, Ajk Bahagian,  Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Batu Sapi./SayangSabah

 

Samsudin turun padang membersih kawasan perumahan.

Samsudin turun padang membersih kawasan perumahan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan