Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menipu untuk sambung belajar

menipu untuk belajar

KUALA LUMPUR: Sanggup menipu untuk sambung belajar di Malaysia. Itu taktik pelajar luar negara yang cuba ‘membelit’ pihak berkuasa negara ini semata-mata mendapat kelulusan visa antarabangsa dan mendaftar sebagai pelajar kolej swasta di Malaysia.

Bagaimanapun, cubaan itu dikesan Education Malaysia Global Services (EMGS) selepas siasatan mendapati ada pelajar luar negara yang menghantar dokumen palsu ketika memohon visa untuk belajar di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yazid Abd Hamid, berkata, setakat ini pihaknya merekodkan beberapa kes seumpamanya iaitu meminda keputusan peperiksaan atau menggunakan keputusan individu lain.

“Memang kita terima bermacam-macam kes, tetapi antara yang mengejutkan ialah penipuan kelayakan kerana itu syarat asas diterima masuk sebagai pelajar di negara ini.

“Yang lain termasuklah palsukan cop serta kebenaran dari negara asal. Kita terima aduan ini dan apabila membabitkan permohonan, itu di bawah bidang kuasa EMGS manakala penguatkuasaan lebih kepada Jabatan Imigresen.

“Menerusi sistem yang canggih, cubaan seperti itu kita dapat dikesan dan apabila semakan dibuat, kita dapati ada kesalahan seperti pindaan slip keputusan peperiksaan berbanding asal,” katanya.

Mohd Yazid berkata, beroperasi Februari tahun lalu, EMGS sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan visa pelajar antarabangsa menggunakan sistem bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa pendidikan, sudah menerima lebih 50,000 permohonan.

“Dan tahun lalu saja, kami menolak lebih 1,400 permohonan pelajar asing kerana gagal memenuhi saringan kemasukan meneruskan pengajian di negara ini,” katanya.

Menurutnya, EMGS serius memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian saja diberi tempat di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Justeru beliau menasihatkan setiap IPTS harus memainkan peranan dalam menentukan pelajar berkenaan memenuhi syarat kelulusan akademik dan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar dilakukan.

“Jika kita kesan ada usaha memalsukan dokumen atau ada rekod menunjukkan permohonan lampau pernah ditolak, permohonan pas baru atau pembaharuan kita akan tolak,” katanya.

Kata Mohd Yazid, sejak sistem itu diperkenalkan, permohonan mendapatkan visa berkurangan berikutan pemantauan ketat oleh EMGS yang membantu kerajaan dalam mengekang kemasukan mereka yang mempunyai tujuan lain, termasuk melakukan pelanggaran undang-undang.

Komen


Berita Berkaitan