Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Meninggal Dunia First Anniversary, Kisah Cinta Ini Buat Ramai Sebak

kahwin

SIAPA kata cinta sejati hanya rekaan semata-mata? Pasangan ini mungkin bakal mengubah persepsi bahawa cinta sejati itu memang ada.

Kisah ini mengenai cinta seorang cikgu bernama Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini wanita pilihan hatinya, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, meskipun tahu wanita itu sedang bertarung nyawa kerana menghidap kanser tahap empat.

screen-shot-2016-12-27-at-1-39-18-pm-768x491 sam

Namun, sesungguhnya setiap yang hidup itu akan mati, isterinya telah pun pergi menghadap Ilahi semalam di Hospital Kajang, Selangor, setelah bertahun menderita kanser buah pinggang.

Paling tidak disangka-sangka dan cukup menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Pemergian Nik Idzni itu lantas menyebabkan netizen sebak dan menitiskan air mata apabila membaca luahan sedih Ahmad Kamal mengenai kehilangan isterinya di ulang tahun perkahwinan pertama mereka di laman sosial.

 

“Semua yang berlaku umpama satu mimpi.. Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang.

“Kalaulah awak masih ada hari ini, awak tahu saya akan berusaha limpahi awak dengan kasih sayang pada ulang tahun perkahwinan kita.

“Awak akan sentiasa menjadi cinta pertama dan teman sejiwa saya. Selamat ulang tahun pertama sayang, cinta dari kejauhan. Saya cintakan awak, selamanya,” antara luahannya.

Luahan Kamal yang cukup mengharukan itu turut menjadi viral dan menimbulkan simpati ramai.

Difahamkan, Nik Idzni merupakan doktor perubatan dan mereka berkenalan menerusi Instagram selama empat bulan sebelum mendirikan perkahwinan pada 27 Disember, tahun lalu di Kelantan.

2-24

3-1-3

Semoga Kamal sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan Al-fatihah buat arwah. –  mynewshub

Komen


Berita Berkaitan