Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mengundi Pembangkang Membuang Masa – Ongkili

Maximus Ongkili. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA MARUDU – Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menasihatkan pengundi di sini supaya tidak membuang masa dan memperjudikan masa depan mereka dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan dasar pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Bahagian PBS Tandek di Dewan Komuniti Kota Marudu, Ongkili juga mengingatkan perwakilan untuk setia kepada parti dan (Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti melalui rekod pencapaiannnya yang baik mentadbir negara.

“Saya mengaku bahawa Barisan Nasional mempunyai kelemahan, ia tidak sempurna tetapi gabungan itu masih pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia di Sabah.

“BN mempunyai wawasan dan matlamat yang secara keseluruhan tidak mencapai 100 peratus tetapi usaha sedang dijalankan untuk memastikan hasrat rakyat menjadi kenyataan,” kata Ongkili, yang juga ketua bahagian PBS Tandek.

Beliau yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menegaskan bahawa BN telah membawa pembangunan di negara ini termasuk di Kota Marudu, dan perubahan fizikal adalah jelas berbanding keadaan sedekad lalu.

“Sudah tentu ada ruang untuk penambahbaikan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyaksikan pembangunan yang berlaku.

“Tidak seperti pembangkang yang asyik bercakap tetapi tiada tindakan.

“Mereka mengulangi apa yang diperjuangkan oleh PBS sejak penubuhan kita 32 tahun lalu – iaitu isu pendatang tanpa izin, Perjanjian Malaysia 1963, hak rakyat Sabah dan sabah serta isu Borneonisasi.

“Ini mengambil masa dan tidak ada apa yang boleh dicapai dalam semalaman.

“Kebanyakan pemimpin pembangkang dahulu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan antara lain menteri persekutuan, timbalan menteri dan ketua menteri tetapi mereka masih gagal untuk menyelesaikan apa-apa.

“Apatah lagi sekarang selepas meninggalkan gabungan itu. Mereka tidak mempunyai hala tuju,” kata Ongkili. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan