Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mengugut dengan parang, di cekup polis

9:20pm 08/01/2016 Ann Vivien 501 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan parang yang digunakan oleh Pengawal Keselamatan untuk mengugut mangsa

Douglas menunjukkan parang yang digunakan oleh Pengawal Keselamatan untuk mengugut mangsa

KENINGAU: Seorang Pengawal Keselamatan yang berumur 42 tahun di salah sebuah syarikat perladangan di Batu 38, Nabawan dicekup polis kerana mengugut menggunakan sebilah parang terhadap seorang lelaki tempatan yang berumur 37 tahun.

Douglas berkata, kejadian berlaku semasa mangsa  pergi berjumpa dengan suspek yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak syarikat untuk menjaga simpanan minyak milik syarikat berkenaan untuk mendapatkan kebenaran mengisi minyak kenderaan bernombor SU9178C yang telah ditandatangani sendiri oleh Pengurus Besar namun suspek tidak membenarkan mangsa untuk mengisi minyak keretanya.

“Mangsa telah bertanya kepada suspek apa sebab dia enggan membenarkan mangsa mengisi minyak keretanya sedangkan mangsa telah mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar. Tiba-tiba suspek yang sedang duduk di pintu biliknya naik marah lalu mengambil sebilah parang dan terus menerpa mangsa sambil melibaskan parang yang dipegangnya.

Bertindak atas maklumat katanya, pada 2 Januari lepas lebih kurang jam 6.35 petang  di balai polis Nabawan sepasukan anggota JSJ IPD Keningau telah Berjaya menangkap suspek dan kemudian membawanya ke balai polis Keningau untuk tindakan lanjut.

Suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan