Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mengimarahkan syiar Islam melalui Tilawah Al-Quran

9:36pm 12/02/2016 Leolerry Lajius 63 views Tempatan
Zulkepli Salali menerima hadiah kemenangan daripada Norali.

Zulkepli Salali menerima hadiah kemenangan daripada Norali.

KOTA KINABALU: Seramai 21 qari dan qariah pelbagai jabatan dan badan berkanun persekutuan menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2016 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dollah, majlis Tilawah Al-Quran yang dilaksanakan secara NBOS ini bertujuan mengimarahkan syiar Islam dan penghayatan nilai-nilai murni khususnya dalam kalangan penjawat awam.

“Semoga dengan pelaksanaan program ini, nilai murni dapat dipertingkatkan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Tambah beliau, penjawat awam terutama bagi yang beragama Islam haruslah sentiasa menghayati isi kandungan Al-Quran, lebih-lebih lagi pada masa kini umat islam berhadapan dengan pelbagai serangan pemikiran kontemporari.

Beliau turut berharap setiap kakitangan awam perlu lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas agar pendapatan yang diterima setiap bulan ada rahmatnya.

Sehubungan itu, ​katanya, penjawat awam perlu​ melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang ​dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Johan  qari, Zulkepli Salali wakil Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Cawangan Sabah dan qariah, Rozimah Asmat dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mewakili agensi perkhidmatan awam ke Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan di Daerah Putatan.

Teks ucapan beliau ​disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah​, Norali@ Ag.Norali Ag.Damit.-/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan