Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menghormati adat dan budaya teras keharmonian – Oui Fah

Pemangku Ketua Pengarah JASA, Datuk Abu Talib Harun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas. - foto Jabatan Penerangan
Pemangku Ketua Pengarah JASA, Datuk Abu Talib Harun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Masyarakat di negeri perlu terus menghormati adat dan budaya suku kaum serta agama yang menjadi teras keharmonian dan perpaduan dinikmati selama ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata, sikap toleransi antara kaum dan saling menghormati agama masing-masing menjadikan Sabah contoh terbaik gagasan 1Malaysia.

“Sabah kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama. Justeru, keunikan ini cukup dekat dihati rakyat Sabah, ada kalanya kita melihat sebuah keluarga di negeri ini meraikan lebih dari satu perayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jalinan Kasih di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut, di sini hari ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Tanjung Aru, Hendry Chu.

Beliau turut memuji usaha Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah kerana menganjurkan program berkenaan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira kaum dan agama.

Meraikan sesuatu perayaan, katanya, adalah usaha murni dalam menyemarakkan semangat keharmonian dan kecintaan rakyat kepada kemakmuran negara.

“Kita perlu menolak fahaman sempit pihak tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang cuba mengugat kesejahteraan negara dengan menimbulkan sentimen perkauman dan membangkitkan isu Sabah dan Sarawak agar keluar dari Malaysia.

“Justeru, rakyat wajar menolak SSKM, sebaliknya perlu bersama-sama mempertahankan perpaduan, keharmonian serta kedaulatan negara,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan