Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menghidu gam merosakkan minda

Jainab ketika berucap dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Jainab ketika berucap dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

KOTA KINABALU – Ibu bapa digesa agar memantau anak-anak agar tidak terlibat dalam kegiatan menghidu gam yang boleh menjejaskan minda kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, ramai ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak mereka sehingga mengakibatkan ramai remaja terjebak dalam kegiatan tersebut.

“Apabila kanak-kanak ini dibiarkan berjinak-jinak menghidu gam, di situlah permulaan mereka berani mencuba perkara baharu seperti merokok dan menagih dadah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar dan Penjelasan Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak perlu dijaga agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka.

Katanya, isu ini perlu ditangani dan ibu bapa harus peka agar anak-anak mereka tidak menjadi mangsa kerosakan akhlak. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan