Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mengekalkan pertuduhan tidak bersalah melakukan rompakan berkumpulan

KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, hari ini menetapkan 25 hingga 26 Februari, tahun depan untuk perbicaraan terhadap seorang lelaki dan seorang wanita yang didakwa melakukan rompakan berkumpulan pada 8 November, tahun lalu.
Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh baharu selepas kedua-dua tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kesalahan tersebut.
Kedua-dua tertuduh Eshyam Osman, 39 dan Siti Shazwani Zainuddin, 21 bersama-sama dengan seorang lelaki yang masih bebas telah merompak wang tunai berjumlah RM 2,600 daripada seorang lelaki di hadapan sebuah kedai, di Tanjung Aru, pada jam 12.40 am.
Kedua-dua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 395 Akta Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.
Dalam mitigasi, peguambela, Marzuki Spawi memohon kepada mahkamah agar memberi jaminan kepada kedua-dua tertuduh. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut ditolak oleh hakim Azreena kerana kedua-dua tertuduh pernah melarikan diri dan memberi surat perubatan palsu kepada mahkamah sebelum ini.
Kedua-dua tertuduh akan terus ditahan sehingga tarikh bicara.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan