Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mengamuk tak dapat buah

9:16am 09/11/2016 Pak Roshan 2169 views Global
WANITA berkenaan menendang bahagian kemaluan kekasihnya selepas mangsa enggan membelikannya buah. - DM

WANITA berkenaan menendang bahagian kemaluan kekasihnya selepas mangsa enggan membelikannya buah. – DM

Beijing: Seorang lelaki kini mungkin serik serta menyedari cinta dan kasih sayang bukan setakat boleh diucapkan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan wang, selepas dia ditendang di kemaluan oleh kekasihnya kerana enggan membelikannya buah.

Pasangan muda itu dalam perjalanan pulang apabila melintasi sebuah gerai buah-buahan tempatan.

Pertengkaran meletus antara mereka apabila lelaki itu membantah selepas kekasihnya meminta dia membelikan buah.

Tidak jelas buah apa yang diminta wanita itu tetapi teman lelakinya dilaporkan berkata, dia tidak mahu menghabiskan wang kerana buah itu terlalu mahal.

Pasangan itu bertengkar di hadapan penjual berkenaan dengan wanita itu menuduh kekasihnya kedekut. – Agensi/Hmetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan