Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mengaku tak bersalah abai anak

ibufirdaus

SEREMBAN: Lolanopita Sadi, hanya mengangguk tanda memahami dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak remaja kurang upayanya dibaca jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Kakitangan penyediaan makanan di sebuah syarikat katering yang memakai baju lokap jingga dan tudung merah kekuning-kuningan itu, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika pertuduhan dibaca dan menggeleng kepala, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan.

Wanita berusia 40 tahun itu menghadapi pertuduhan pertama, iaitu sengaja mengabaikan Firdaus dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, didakwa dilakukan dalam sebuah bilik di Blok 15-1-9, Flet Taman Semarak, Nilai dekat sini, antara Januari lalu hingga kira-kira jam 2.30 pagi 21 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Pertuduhan kedua dihadapinya ialah dengan sengaja membiarkan Firdaus tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan yang tidak patut di tempat sama, kira-kira jam 2.30 pagi pada 21 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 33(c) akta yang sama itu, tertuduh boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, memohon mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin yang tinggi, iaitu RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan seorang penjamin dengan alasan kes itu mendapat liputan meluas sejak hari pertama didedahkan media massa hingga semalam.

Peguam Hanif Hassan yang mewakili Lolanopita bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin rendah, iaitu RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

Katanya, tertuduh hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM1,150 sebulan dan perlu menyara dua anaknya, iaitu Firdaus dan seorang lagi anak lelaki berumur tujuh tahun.

Komen


Berita Berkaitan