Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mengaku serang masjid

GAMBAR menunjukkan asap yang keluar dari sebuah masjid yang dibakar di Tolikara pada 17 Julai lalu
GAMBAR menunjukkan asap yang keluar dari sebuah masjid yang dibakar di Tolikara pada 17 Julai lalu

Jayapura, Indonesia: Dua suspek yang ditahan dalam kejadian rusuhan dan membakar masjid di Tolikara mengaku menyerang jemaah yang sedang solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Jurucakap polis wilayah Papua, Patrige berkata, dua suspek memberitahu pegawai penyiasat, mereka menyerang dengan membaling objek pada jemaah yang sedang bersolat.

“Pegawai penyiasat masih menyoal siasat suspek yang ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencetuskan provokasi.

“Salah seorang suspek turut membawa alat pembesar suara ketika kejadian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang suspek bertugas di sebuah agensi kerajaan manakala seorang lagi bekerja di sebuah bank di sini.

Suasana di Tolikara tegang selepas beberapa penduduk menyerang masjid berkenaan pada 17 Julai lalu sehingga solat sunat Aidilfitri tidak dapat dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan seorang perusuh mati dan 10 lagi cedera selepas pengawal keselamatan terpaksa melepaskan tembakan amaran.

Keadaan semakin tidak terkawal selepas beberapa perusuh membakar sebuah pondok yang merebak sehingga memusnahkan masjid berkenaan.

Sementara itu, seramai 300 anggota polis dan tentera dikerahkan bagi mengawal gereja dan kuil hindu di bandar ini bagi mengelak serangan balas dari penduduk beragama Islam.

Ketua polis Palu, Basya Radyananda berkata, langkah itu diambil bagi mengelak insiden di Tolikara mencetuskan kekacauan antara agama.

“Pada 19 Julai lalu seorang lelaki menyerang dan membakar pondok pengawal di sebuah gereja di sini.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana lelaki berkenaan mabuk ketika kejadian,” katanya.-Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan