Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mengaku melacur, bayar denda atau penjara

8:55pm 04/11/2015 Ann Vivien 219 views Jenayah,Tempatan

 

mahkamah 2

KOTA KINABALU: Dua orang wanita didenda RM 4,500 atau tiga bulan penjara setiap seorang selepas mengaku salah terlibat dalam pelacuran, hari ini.

Dewi Sartika Bachtiar, 23 warganegara Indonesia dan Miss Weeranut Kingprompu, 29  dari Thailand dibawa ke hadapan Majistret Mohd Faiz Omar dimana mereka mengaku melakukan kesalahan tersebut di dalam bilik hotel di Lintas View Hotel, Jalan Lintas pada pukul 11 malam, 27 Oktober, yang lalu.

Kedua-dua tertuduh dihukum dibawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari yang sama lebih kurang jam 10.30 malam, polis telah menerima maklumat bahawa terdapat kegiatan maksiat dalam dua bilik yang berasingan di hotel tersebut.

Hasil soal siasatan awal, tertuduh Dewi mengaku tinggal di bilik tersebut bersama seorang kawan perempuannya dan menunggu di luar pintu bilik kerana kawannya sedang melayan seorang pelanggan.

Pada jam 11 malam, polis telah mengetuk pintu bilik yang kemudiaannya dibuka oleh seorang lelaki dan pada masa yang sama terdapat seorang perempuan iaitu tertuduh Miss Weeranut yang sedang duduk di atas katil dalam bilik tersebut. Pelanggan tersebut mengaku telah menerima khidmat seks daripada tertuduh dengan bayaran RM 500.

Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis telah menjumpai enam bungkus kondom berjenama Playboy di dalam laci meja kecil dan wang tunai RM500 di tangan tertuduh.

Peguam PJ Perira yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon agar mereka berdua tidak dikenakan hukuman penjara kerana kedua-dua tertuduh ingin kembali ke negara asal mereka dengan segera.

Kedua-dua mereka diperintah untuk dihantar pulang ke negara asal selepas menjelaskan denda atau menjalankan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Tuan Jakariya Jupakkal. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan