Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mengaku berasal dari Lahad Datu

10:37pm 03/06/2016 Pak Roshan 3033 views Jenayah,Mutakhir
Anggota penguatkuasa JPN membuat pemeriksaan di sebuah pusat refleksiologi di Kangar, semalam. - Foto Ihsan Jabatan Pendaftaran Negara

Anggota penguatkuasa JPN membuat pemeriksaan di sebuah pusat refleksiologi di Kangar, semalam. – Foto Ihsan Jabatan Pendaftaran Negara

Kangar: Tiga pekerja pusat refleksologi di Kangar berusia antara 40 hingga 43 tahun ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana memiliki MyKad palsu dalam Ops Terancang JPN, malam tadi

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata, pihaknya menjalankan Ops Terancang JPN disertai anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN Putrajaya dengan bantuan JPN Negeri Perlis dan Jabatan Imigresen Negeri Perlis di sebuah pusat refleksologi, di sini.

Menurutnya, dalam operasiitu, tiga yang ditahan membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun, dua wanita berusia 41 dan 43 tahun yang didapati menggunakan MyKad palsu.

Wanita terbabit mendakwa berasal dari di Lahad Datu, Sabah, namun selepas siasatan lanjut mereka mengaku berbangsa Tausug dari Zamboanga, Selatan Filipina.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 25(1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan