Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mendokong survival UMNO

Sapawi (empat dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Kamarlin untuk disampaikan kepada Ketua Cawangan Umno Sipitang yang terlibat dalam mesyuarat itu. - foto Aryan De Vera
Sapawi (empat dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Kamarlin untuk disampaikan kepada Ketua Cawangan Umno Sipitang yang terlibat dalam mesyuarat itu. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – UMNO Bahagian Sipitang berikrar akan memastikan perjuangan parti itu terus diperkukuhkan melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Datuk Sapawi Ahmad berkata, faktor kesetiaan terhadap parti dan kepimpinannya merupakan disiplin paling utama dalam prinsip perjuangan setiap parti politik, maka itu pihaknya akan terus memberikan sokongan teguh kepada misi dan perjuangan UMNO.

“Sebagai ahli parti, kami sentiasa mendokong hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO

“Kita juga akan berdiri teguh di belakang beliau (Najib) dalam menghadapi sebarang cabaran khususnya dari pembangkang, bagi memastikan UMNO terus menguasai pentas politik negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan dan Sayap UMNO Bahagian Sipitang bagi Zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, melibatkan sebanyak 193 cawangan UMNO Lumadan, di Kolej Vokasional Beaufort, di sini hari ini.

Sapawi menambah, bagi Sabah sudah semestinya sokongan berterusan diberikan kepada Ketua Menteri, Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Barisan Nasional (BN) Sabah. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan