Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mendiang suami pernah bergurau untuk dikuburkan di sebelah kubur anak

 

Mardianna ketika ditemui media di Hospital Kota Marudu. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA MARUDU: Gurauan  suami yang meninggal dalam kejadian tertimbus tanah runtuh di Jalan Marak Parak yang mahu dikebumikan bersebelahan dengan kubur anaknya yang meninggal tiga tahun lalu seakan menjadi petanda mendiang akan pergi selamanya.

Menurut balu mangsa, Mardianna Majapah, 37, mendiang suaminya Jaimin Bien, 46, pernah berkata demikian sebelum kejadian berkenaan dan dianggapnya hanya sebagai guaran semata-mata.

“Sebelum ini mendiang ada menyatakan sekiranya dia meninggal kelak dia mahu dikuburkan bersebelahan dengan kubur anak kami yang meninggal tiga tahun lalu kerana menghidap penyakit kanser buah pinggang dan dikuburkan di Kampung Melangkap,”katanya ketika ditemui media di Hospital Kota Marudu, hari ini.

Mardiana yang mempunyai tujuh orang anak dengan yang sulung berusia 19 tahun dan bongsu berusia lima tahun dan dua daripadanya masih bersekolah menyifatkan pemergian suaminya satu kehilangan besar buat keluarganya.

“Selalunya setiap kali hujung minggu mendiang akan mengambil kami di Kampung Melangkap untuk ke Kampung Surun-surun kerana saya akan berada di sana sepanjang minggu persekolahan untuk menjaga anak-anak,”katanya.

Mardiana yang kali terakhir bertemu dengan mendiang suaminya isnin lalu, turut menyatakan, ketika kejadian suaminya dalam perjalanan menuju ke Pekan Kota Marudu untuk membeli barang keperluan.

“Untuk membeli barang keperluan mendiang suami akan pergi membeli di Pekan Kota Marudu dan jika mempunyai urusan lain, mendiang akan memberikan duit kepada saya untuk membeli barang keperluan di rumah,”katanya.

James ketika ditemui media di Hospital Kota Marudu. -Gambar Oleh Alex Mairin

Sementara itu, menurut James Salut,54, iaitu bapa seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian berkenaan dan beliau juga tidak dimaklum oleh anaknya yang mendiang akan keluar pada malam itu.

“Mendiang tidak memaklumkan kepada saya yang dia akan keluar pada malam itu tetapi rakan mendiang ada memberitahu saya yang dia hendak ke Kampung Melangkap untuk mengambil isterinya.”

“Kali terakhir saya berhubung dengan mendiang anak saya pada jam 8 malam semalam kerana ketika itu mendiang masih berada di rumah,”katanya.

James turut menyatakan, beliau mengetahui mengenai kejadian yang mengorbankan anak bongsunya Edmon James, 22 itu daripada anak buahnya.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian itu daripada anak buah saya yang tiba di rumah saya pada jam 7.00 pagi untuk mengambil saya kerana saya mahu menumpang keretanya ke Pekan Kota Marudu.”

“Ketika dia tiba di rumah saya, dia memaklumkan ada melihat motorsikal milik mangsa jatuh di lokasi kejadian tetapi tidak melihat mangsa berada di lokasi kejadian,”katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar pukul 7.20 pagi tadi yang memaklumkan ada mangsa yang tertimbus di kawasan tanah runtuh.

“Pasukan bomba tiba di tmpat kejadian pada pukul 8.04 pagi dan mangsa pertama dijumpai dan terus dikeluarkan pada 8.31 pagi dan mangsa yang kedua dikeluarkan pada 9.28 pagi.”

“Mangsa yang pertama ditemui dalam keadaan terbaring dan manakala mangsa kedua ditemui berhampiran dengan mangsa yg pertama,”katanya.

Pada kejadian kira-kira 7 pagi itu, Jaimin dan Edmon meninggal dunia selepas motosikal Honda EX5 dinaiki terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter (m) akibat tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, dekat Kota Marudu./SayangSabah

Keadaan jalan raya, lokasi mangsa terjatuh.

Komen


Berita Berkaitan