Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mendiang Apolos Disemadikan Di Kampung Halamannya Di Tongod

Apolos Jeremes - Foto JBPM
Apolos Jeremes – Foto JBPM

SANDAKAN : Mayat Apolos Jeremos, 25, anggota bomba yang terkorban akibat terkena renjatan elektrik dari penyambungan haram ketika operasi memadam api belukar, disemadikan di kampung halamannya di Entilibon, Tongod hari ini.

Selain dihadiri anggota keluarga dan rakan, majlis pengkebumian turut dihadiri rakan setugasnya dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata mendiang Apolos telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Entilibon, Tongod, kira-kira pukul 1 petang.

“Saya mewakili warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan sememangnya terasa amat kehilangan dengan pemergian mendiang apatah lagi ketika kejadian dalam operasi pemadaman kebakaran.

Beliau (mendiang Apolos) seorang yang amat berdedikasi, rajin, berdisiplin dan bersifat suka memajukan diri dalam apa juga perkara yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Anddre berkata komitmen kepada tugas menyelamat orang ada dalam diri Apolos termasuk menyertai unit Special Tactical Operation Rescue Malaysia (STORM) dan pernah terlibat langsung dalam operasi menyelamat sewaktu berlakunya gempa bumi di Ranau.

“Sesungguhnya segala pengorbanan beliau sehingga ke akhir hayat akan kami kenang selamanya dan semoga keluarga terutama isteri mendiang juga tabah menghadapi dugaan ini,” kata Anddre.

Apolos terkorban ketika operasi memadam api belukar berhampiran Taman Kenari Batu 7 dekat sini pada Isnin lepas akibat renjatan elektrik selepas terpijak pendawaian haram rumah setinggan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan