Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menderma darah penting

6:58pm 17/12/2015 Ann Vivien 35 views Isu Semasa,Tempatan
 Douglas menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penderma darah pada program itu.

Douglas menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penderma darah pada program itu.

KENINGAU: Kesedaran orang ramai betapa pentingnya menderma darah untuk mereka yang memerlukan amat penting.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas  Nyeging Taong berkata, sikap ingin menderma perlu ada pada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama.

Katanya, darah adalah amat penting bagi kegunaan hospital kerana ia diperlukan setiap masa terutama dalam rawatan pesakit yang memerlukan tambahan darah.

“Tanpa kesedaran orang ramai untuk kepentingan menderma darah sudah tentu pihak hospital mengalami masalah kekurangan stok darah untuk menampung keperluan terutama bagi pengidap Thallasemia” katanya kepada media selepas melancarkan Program Kempen Derma Darah Perdana anjuran bersama Unit Perubatan Transfusi Darah Hospital Keningau,Pejabat Daerah Keningau, Persatuan Penderma Darah Pedalaman Sabah dan UPPM N.34 Liawan di Dewan Arked di sini pada Khamis.

Douglas yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan berkata, amalan menderma darah bukan sahaja membantu dan menyelamatkan pesakit tetapi ia juga baik untuk kesihatan para penderma darah.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan