Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,813

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mendekati masyarakat melalui transformasi perkhidmatan

12:41pm 10/12/2015 Leolerry Lajius 20 views Tempatan

12356117_1017389134988031_319717012_o

KOTA KINABALU: Pelbagai transformasi telah dilakukan oleh pihak polis daerah Kota Kinabalu sama ada dari aspek sumber manusia atau pembangunan prasarana yang juga dikenali sebagai ‘Capasity Buliding’.

Melalui transformasi ini masyarakat sudah mulai melihat kehadiran dan peranan polis dalam komuniti mereka.

Demikian ungkapan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan, bulan disember Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang diadakan di Dataran Pahlawan IPD  pagi tadi.

“Keagresifan kita menangkap penjenayah semakin meningkat yang mana telah berjaya menurunkan jenayah indek sebanyak 119 kes bersamaan 8.43 peratus sehingga hari ini,” katanya.

Tambah beliau, pengurusan melalui media massa dan di peringkat akar umbi telah mula memperlihatkan keberkesanannya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan