Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mencuri: Wanita tempatan didenda dan dipenjara

KOTA KINABALU- Seorang wanita tempatan dihukum penjara selama tiga bulan dan denda RM 200 atau tiga minggu penjara atas kesalahan mencuri.
Nurul Haziqah Ramli, 24 bersama-sama dua orang lagi rakan yang masih bebas, di Kedai Guardian, di dalam Pasar Raya Giant, Kingfisher, Inanam, pada jam lebih kurang 12.55 tengahari, 30 Januari, lalu mencuri pelbagai barang kepunyaan premis Guardian.
Diantara barang- barang yang dicuri ialah tiga botol pencuci muka jenis Mens’s Biore (125 gmsetiap satu), 13 Botol pencuci muka jenis Mens’s Biore (50 gm setiap satu), lapan botol Rexona, tiga botol Garnier Brighthening Foam dan dua botol Garnier Brightening Scrub.
Nurul dihukum dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 dibawah Akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat oleh pengadu setelah beliau diberitahu oleh Eksekutif kedai tersebut bahawa tertuduh telah mencuri beberapa barang milik premis tersebut. Tertuduh berjaya ditahan oleh pengadu dan terdapat dalam miliknya sebuah beg adidas merah yang berisikan barang-barang yang dicuri. Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bersama barang-barang yang dirampas.
Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili oleh peguam meminta agar hukuman ringan dikenakan keatasnya. Namun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman  yang setimpal dikenakan ke atsa tertuduh.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan