Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mencuri pewangi kereta dihukum tujuh bulan penjara

7:57pm 26/01/2016 Ann Vivien 33 views Jenayah,Tempatan

penjara

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara tujuh bulan dan didenda RM100 atau penjara satu bulan jika gagal bayar oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat unit pewangi kereta di Pasaraya Besar Giant.

Shamshul Abdul Gafor, 24, mengaku salah di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan atas kesalahan yang dilakukannya itu di pejabat Pasaraya Besar Giant, Batu 3 Jalan Apas kira-kira jam 12.40 tengah hari pada 18 Januari 2016.

Fakta kes menunjukkan, tertuduh masuk ke dalam pasaraya berkenaan lalu mengambil empat unit pewangi kenderaan jenama Ambi Pur daripada rak penjagaan dan aksesori kereta.

Dia memasukkannya ke dalam poket seluar dan mengambil satu tin minuman 100 plus sebelum pergi ke kaunter untuk membayar minuman sahaja, manakala, dia berniat mencuri pewangi kereta tersebut.

Tertuduh yang ditangkap pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. ASP Rozelinna Baharuddin tampil sebagai pegawai pendakwa kes.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan