Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mencegah lebih baik daripada mengubati

4:30pm 26/09/2016 Leolerry Lajius 62 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU : Pengerusi Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS), Lawrence Imui mengingatkan masyakarat supaya lebih peka dan menghadiri program kesedaran kanser sebagai langkah mencegah dan memberi kesedaran tentang penyakit pembunuh nombor satu negara.

PSKS melaksanakan program kesedaran kanser untuk mempastikan pelbagai lapisan masyarakat dapat pendedahan bahaya penyakit kanser serta mengetahui langkah – langkah pencegahan.

“Persatuan ini menganjurkan pelbagai program kesedaran kanser di merata tempat di  Sabah bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit ini dan menasihati agar cepat ke Klinik Kesihatan yang berdekatan atau Hospital mendapatkan rawatan awal sekiranya terdapat sebarang tanda – tanda penyakit kanser.
 
“Ekoran dari program persatuan ini ramai penduduk kampung terutama dalam kalangan wanita mengambil peluang dengan melibatkan diri dalam program pencegaham kanser yang dianjurkan oleh kerajaan, khusuanya kanser payu dara dan kanser serviks.

“Antara kejayaan PSKS ialah pada bulan Julai lalu kami telah membawa seramai 152 orang wanita (40 tahun keatas) dari daerah Pitas, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Ranau dan Tambunan ke Kota Kinabalu untuk program subsidi ujian memogram.

“Ini membuktikan program yang kami anjurkan telah meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit kanserdi kalangan masyakarat terutamanya di kalangan golongan wanita,” kata Lawrence ketika berucap di Majlis Makan Malam PSKS di sini, pada malam Sabtu.

Tambah Lawrence, tujuan utama majlis itu ialah untuk mengisi tabung dana persatuan bagi membiayai aktiviti persatuan di negeri ini.    

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap penaung PSKS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hadir dan menderma RM 10 ribu sebagai tanda sokongan kepada usaha murni persatuan tersebut.   

Majlis turut meraikan beberapa sukarelawan yang paling aktif serta dapat berpeluang pendengar pengalaman dan penderitaan beberapa pesakit dan penjaga penyakit kanser./PENERANGAN-

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan