Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mencederakan bapa saudara pesalah akan dihukum pada 25 Jan

6:00pm 15/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 29 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah akibat dari kemarahan dan secara mengejut kepada bapa saudaranya.
Walaubagaimanapun, Hakim Azreena Aziz telah menetapkan tarikh 25 Januari depan untuk mitigasi dan hukuman sementara menunggu laporan akhlak tertuduh.
Tertuduh, Mohd Fairul Ahmad, 20 telah melakukan kesalahan tersebut di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Bolong Baru, Tuaran pada jam lebih kurang 4 petang pada 4 Julai, tahun lalu.
Jika disabitkan kesalahan, Fairul boleh dihukum dibawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda yang boleh sampai RM 4,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan tertuduh berpunca daripada masalah keluarga yang telah lama berlarutan. Tertuduh telah mengeluarkan kata-kata ancaman sehingga menyebabkan mangsa marah dan pulang ke rumahnya untuk mengambil parang.
Setelah itu, mangsa kembali semula ke rumah tertuduh dan menghalakan parang tersebut kedalam rumah tertuduh melalui tingkap. Tertuduh lalu menetak pergelangan tangan mangsa yang mengalami cedera parah pada pergelangan tangan kanannya.
Sementara itu, Fairul akan dipenjara sehingga tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan