Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menari selepas terperangkap di lebuh raya

dance

Beijing: Satu rakaman video memaparkan berpuluh-puluh pemandu keluar dari kenderaan mereka dan menari di jalan raya selepas bosan terperangkap berjam-jam dalam kesesakan jalan raya.

Rakaman video yang dirakam di sebuah lebuh raya di utara China itu menunjukkan beberapa wanita dan lelaki berbaris di jalan raya sambil menari.

Media di China melaporkan, kejadian itu berlaku ketika pengguna lebuh raya berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama enam jam.

Kesesakan itu dipercayai berlaku akibat kemalangan yang berpunca daripada jerebu tebal yang melanda kawasan berkenaan.

Semua pengguna jalan raya itu dilihat beratur dalam beberapa barisan dan menari di satu kawasan dikelilingi lori serta kenderaan lain.

Tindakan mereka turut menarik perhatian pengguna jalan raya lain yang terperangkap dan ramai yang keluar dari kenderaan masing-masing untuk sama-sama menari atau menonton ‘persembahan’ berkenaan.

Video pengguna jalan raya menari di lebuh raya itu viral di laman sosial China, Weibo dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan