Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menari keliling mayat mangsa

10:58am 16/08/2016 Pak Roshan 34 views Global
WANITA itu dilihat menari selepas melanggar lelaki berkenaan sehingga mati. FOTO Weibo.

WANITA itu dilihat menari selepas melanggar lelaki berkenaan sehingga mati. FOTO Weibo.

Beijing: Seorang wanita dirakam menari mengelilingi mayat lelaki yang baru dilanggarnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jining, wilayah Shandong pada 10 Ogos lalu, lapor akhbar atas talian Huanqiu.

Pemandu yang tidak dikenal pasti identitinya itu juga sudah ditangkap polis dan kejadian itu sudah mula disiasat.

Menurut laporan, wanita berkenaan memandu laju dan sengaja merempuh mangsa. Saksi mendakwa mangsa tercampak ke udara sebelum jatuh di atas bonet kereta putih dipandu suspek.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan