Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menara kayu 80 tingkat dirancang di London

LUKISAN pereka menunjukkan bangunan pencakar langit yang akan dibuat daripada kayu.
LUKISAN pereka menunjukkan bangunan pencakar langit yang akan dibuat daripada kayu.

London: Sepasukan arkitek terkenal mendedahkan rancangan membina bangunan pencakar langit pertama yang dibuat daripada kayu.

Pasukan dari Universiti Cambridge itu mahu membina bangunan setinggi 305 meter berkenaan di tebing Barbican di sini dan berharap ia boleh menempatkan 1,000 rumah di 80 tingkat menara itu.

Menara Oakwood itu akan menggunakan rangka kayu seluruhnya.

Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Datuk Bandar London Boris Johnson. Sekiranya diterima, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard – dan struktur kayu tertinggi di dunia.

Pengarah Pusat Inovasi Bahan Asli Cambridge, Michael Romage berkata: “Menara itu sudah pasti akan menjadi daya tarikan kerana keunikannya.”

Menara kayu tertinggi di dunia ketika ini ialah apartmen 14 tingkat di Bergen, Norway. Beberapa lagi bangunan seumpama itu dirancang dibina di Perancis dan Sweden.

Bulan lalu, arkitek Perancis, Jean Paul Viguier mengumumkan cadangan untuk membina tiga menara kayu di Bordeaux sementara syarikat arkitek Sweden Tham & Videgrd berkata, ia sudah merangka rancangan membina beberapa apartmen kayu di Stockholm.

Bercakap mengenai rancangan membina bagunan pencakar kayu di London, seorang arkitek terkenal, Kevin Flanagan berkata: “Penggunaan kayu akan mengubah cara kita membina bangunan di bandar raya ini. Bangunan kayu berpotensi mewujudkan suasana santai dan kreatif di kawasan bandar.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan