Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menantu betul-betul hantu

kes-rogol
gambar hiasan

Port Dickson: Seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun memang manusia berjiwa setan apabila sanggup memperkosa adik iparnya berusia 11 tahun.

Lebih menjijikkan, lelaki berusia 35 tahun terbabit memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam supaya merakam perbuatannya merogol adik iparnya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.

Sumber berkata, rakaman terbabit kemudian dimuat dalam video cakera padat (VCD) oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya bagi mendapatkan wang cara mudah.

Menurutnya, perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang juga penganggur itu bagaimanapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi telefon bimbit WhatsApp.

Katanya, penyebaran rakaman itu turut dilihat bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan dalam video berkenaan anak perempuannya dan menantu lelaki.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan