Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mempelajari suasana pembelajaran dan budaya berbeza melalui Program Mobiliti

8:51pm 13/01/2016 Leolerry Lajius 142 views Pendidikan,Tempatan
Joel Athur Walter

Joel Athur Walter

KOTA KINABALU: Program Mobiliti yang dilaksanakan oleh Program Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia telah memberikan peluang kepada pelajar yang terlibat bagi mempelajari suasana pembelajaran dan budaya di kedua-dua universiti yang terlibat.

Menurut Muhd. Shah Ruheil bin Hussien penuntut dari UUM, sepanjang satu semester berada di UMS mereka telah didedahkan dengan pelbagai program dan budaya yang amat bermanfaat.

“Sepanjang kami mengikuti program ini kami telah didedahkan dengan konsep pembelajaran melalui tutorial yang tidak terdapat di UUM dan melalui konsep ini pemahaman dan hubungan dengan pensyarah juga semakin baik,” katanya.

Muhd Shah juga menyatakan bahawa Sabah kaya dengan pelbagai budaya dan bahasa  dari masyarakatnya yang majmuk berbanding di semenanjung yang mana hanya lebih kepada budaya tiga kaum yang utama iaitu India, Melayu dan Cina.

Menurut Joel Athur Walter penuntut dari UMS, sepanjang mengikuti program ini bersama empat rakan yang lain, mereka telah didedahkan dengan suasana pembelajaran yang berbeza dengan suasana pembelajaran di UMS.

“UUM tidak mengamalkan sistem tutorial seperti UMS tetapi mengadakan projek kelas dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat projek kelas masing-masing dan perbezaan ini merupakan satu pendekatan berbeza yang kami pelajari serta boleh diaplikasikan dalam pembelajaran kami sehari-hari,”katanya.

Program tersebut yang pertama kali dilaksanakan semenjak tertubuhnya Fakulti Psikologi dan Pendidikan di UMS melibatkan 10 orang penuntut semester ketiga di kedua-dua universiti yang mengambil kursus yang sama. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Muhd. Shah Ruheil

Muhd. Shah Ruheil

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan