KOTA KINABALU:Keluarga bayi comel berusia 6 bulan yang mengidap Billiary Atrisia memerlukan bantuan orang ramai untuk kos pembedahan berjumlah RM160 ribu.
Muhammad Al-Indra Putra atau nama timangannya Indra perlu dibawa ke China untuk menjalani pembedahan “liver transplant” yang memerlukan kos yang sangat tinggi sehingga mencecah RM160 ribu.
Menurut ibunya Narizmah Bte Sabran dari Kota Kinabalu melalui Facebook Page Muhammad Al-Indra Putra – Biliary Atresia berkata, satu-satunya jalan untuk merawat Indra adalah dengan menjalankan pemindahan hati dari seorang penderma dan dia sendiri akan menjadi penderma kepada Indra.
Indra adalah pengidap Billiary Atresia iaitu sejenis penyakit yang dilahirkan tanpa salur hempedu atau tersumbat yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ hati seperi menjadi hitam dan keras yang dipanggil Chirosis.
Selanjutnya tentang perkembangan Indra di Facebook Page Muhammad Al-Indra Putra – Biliary Atresia.
Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan bantuan ke akaun Narizmah Bte Sabran di:
CIMB – 7062967158
MAYBANK – 110032247527
Sebarang pertanyaan sila hubungi Narizmah di facebook https://www.facebook.com/jijienarizmah.sabran?fref=ts atau di talian 014-3533954
Ketika ini juga, kempen menderma RM5 sedang dijalankan untuk membantu menjayakan kempen ini. (lihat gambar di bawah).