Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Memiliki Rokok Seludup Didenda dan Penjara 

KOTA KINABALU- Seorang pemilik premis perniagaan dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM 28,170.40 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Syafiq Hassan, 48, yang hadir di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun telah mengaku memiliki 1279 bungkus rokok seludup di sebuah kedai runcit miliknya, di Jalan Peter Mojuntin, Putatan pada 27 November, tahun ini jam 11.30 malam.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda sehinga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, peguam bela Lim Chung Loong mohon agar hukuman yang setimpal iaitu denda yang minimum dan penjara satu hari dan dikira dari tarikh tangkap dikenakan ke atas tertuduh kerana tertuduh telah insaf atas perbuatannya tersebut.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam, Tuan Nanang Anak Lumpat. -Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan