Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Memiliki loteri haram, lelaki didenda RM2,500

5:28pm 16/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 154 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU-Seorang lelaki hari ini didenda RM 2,500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki peralatan loteri haram di sebuah premis.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan tersebut setelah Chin Kok Hwa membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Majistret, disini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Chin mengaku memiliki beberapa peralatan loteri haram seperti empat keping kertas kecil, satu buku karbon, sebatang pen biru, kalkulator dan sejumlah wang.

Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon agar denda minimum diberikan diringankan namun pihak pendakwaan meminta agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inpektor Lim Swee Beng.- Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan