Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Memiliki dadah, dua warga asing ditangkap

5:57pm 28/11/2015 Ann Vivien 161 views Jenayah,Tempatan
The drugs

The drugs

KENINGAU : Dua warga asing masing-masing warga Indonesia dan Filipina dicekup Polis kerana disyaki memiliki dan pengagih dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sinar Harapan Sook.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, kedua-dua suspek  yang masing-masing berumur 35 dan 34 tahun  ditangkap polis kira-kira jam 10.50 dan 11.00 malam pada 24 November di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terdapat tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 5.10 gram yang dianggar dengan harga pasaran RM800.00 dimilik oleh suspek warga Indonesia dan 5.05 gram dengan harga pasaran RM700.00 dimiliki oleh suspek warga Filipina” katanya dalam sidang media di IPD Keningau di sini pada Jumaat.

Katanya,  kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 ( 1 ) ( a ) Akta yang sama kerana ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Douglas memberitahu,  kedua-dua suspek boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali sebatan jika didapati bersalah.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan