Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Memiliki barang curi, PATI dipenjara 24 bulan 

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga asing dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini, setelah mengaku salah memiliki barang curi.
Murdim Abd Jais, 30 dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, mengaku memiliki sebuah dompet yang berisi sekeping Mykad, lesen memandu dan kad ATM milik Wong Lee Hui di Jalan Tun Fuad Stephen berdekatan Wisma Merdeka, pada jam lebih kurang 4 petang pada 22 Januari, baru-baru ini.
Murdim dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa Raya, Inspektor Isfandiar Dr Japri memohon agar hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh.
Terdahulu, tertuduh didakwa atas kesalahan dibawah Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dimana tertuduh memiliki Mykad palsu.
Murdim memberitahu mahkamah bahawa tertuduh menjumpai dompet tersebut di dalam pasu bunga.
Mahkamah turut memerintah tertuduh agar dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan