Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Memiliki barang curi, bicara pada tahun hadapan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan akan dibicarakan pada 1 dan 2 Februari, tahun hadapan kerana memiliki barang curi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan tarikh tersebut setelah tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

John Jimlok, 41 didakwa telah menyimpan seutas rantai emas milik wanita berusia 57 tahun yang dipercayai barang curi di kawasan Segama, di sini, pada jam 8.20 am pada 1 Oktober, tahun ini.

John didakwa dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan telah dilakukan oleh ASP Jakariya Jupakkal. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan