Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Memiliki 15.04g syabu, lelaki dipenjara dan disebat

7:31pm 24/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihukum dua tahun penjara dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan memiliki 15.04 gram syabu.

Rudolf Dunson, 29 dibawa ke hadapan Hakim Indra Hj Ayub melakukan kesalahan tersebut di bilik stor bangunan kosong, Kampung Bambangan, Inanam, pada jam lebih kurang 5.15 petang pada 5 Sept, tahun lalu.

Rudolf dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan hukuman sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan.

Menurut fakta kes, Rudolf ditahan kerana disyaki ada menjalankan kegiatan pengedaran dan pengagihan dadah berbahaya. Semasa serbuan, pintu stor tersebut berkunci dan pintu itu dibuka secara paksa. Hasil siasatan mendapati barang kes yang dirampas ada mengandungi sebanyak 15.04 gram syabu.

Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya. Namun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan