Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Membudayakan gaya hidup sihat melalui kejohanan Sukan JKM

Musa ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Musa ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Kejohanan Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) sebagai salah satu platfrom untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan tersebut di Padang Merdeka semalam.

Kerajaan Negeri Sabah, tentunya memerlukan tenaga kerja di semua peringkat perkhidmatan yang mempunyai kualiti kesihatan yang baik, sama ada secara fizikal mahupun mental, supaya dapat memberi perkhidmatan yang cepat, berkesan dan memuaskan pelanggan-pelanggan serta rakyat jelata,’ katanya.

Tambah beliau pihak Kerajaan Negeri sentiasa memberikan galakan dan sokongan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi kerana ia mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti kesihatan fizikal, perpaduan dan kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara ini.

Sebagai usaha untuk membudayakan sukan, Kerajaan Negeri telah mengiktiraf Sukan Muhibah JKM ini sebagai aktiviti rasmi dwi-tahunan Perkhidmatan Awam Negeri.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan