Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Membuat Refleksi Diri Dan Berubah

9:22pm 05/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 23 views Tempatan
Jessie Lee

Jessie Lee

KOTA KINABALU- Tahun 2016 merupakan tahun dimana semua orang perlu membuat refleksi diri dan berubah.

Pengasas Soleil Trinity, Jessie Lee berkata demikian semasa memberi perkongsian tentang ramalan pada tahun 2016 kepada lebih kurang 90 peserta yang telah mengikuti program “2016 Forecast Talk” yang dianjurkan oleh syarikat tersebut.

“Apa yang perlu kita buat adalah membuat refleksi tentang sikap dan perbuatan diri kita sendiri.

“Kita harus fikir tentang perbuatan dan sikap yang ingin kita ubah tetapi seringkali di ulangi kembali. Justeru itu, mereka yang ingin membuang atau mengubah sikap buruk mereka harus memulakan usaha tersebut pada tahun depan”, katanya semasa memberi perkongsian mengenai “2016 Forecast” di Grandis Hotel, Suria Sabah, di sini, hari ini.

Disamping itu, Jessie juga berkata adalah sangat penting untuk mengeratkan dan mengukuhkan hubungan sesama manusia pada tahun depan.

“Tahun 2016 adalah tentang saling membantu sesama manusia. Oleh itu, adalah sangat penting jika mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang agar masalah yang kita hadapi dapat dikongsi bersama orang lain dan diselesaikan”, tambahan Jessie.

Beliau juga menasihati kepada para peserta bahawa jika ingin berjaya dalam hidup, mereka tidak boleh bergantung kepada “Feng Shui” semata-mata.

“Untuk berjaya dalam hidup, kita harus menentukan matlamat hidup kita, merancang strategi untuk mencapai matlamat tersebut serta mencurahkan lebih banyak usaha untuk memastikan strategi kita berjaya”, katanya. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan