Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Membaca merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat- Maimunah

4:31pm 04/04/2016 Leolerry Lajius 48 views Pendidikan,Tempatan

Antara p[elajar yang mengambil bahagian dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Antara p[elajar yang mengambil bahagian dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

TAMPARULI: Membaca merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat dan golongan masyarakat yang rajin membaca meletakkan diri mereka pada suatu martabat yang jauh lebih tinggi berbanding dengan golongan yang malas membaca.

Menurut Timabalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Maimunah Binti Hj. Suhaibul, dengan membaca seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan dengan mendapatkan ilmu yang berguna melalui pembacaan.

“Hari ini Kem Pelancaran Membaca 1Malaysia (KM1M) telah dilancarkan di seluruh negara sebagai salah satu platfrom untuk mengetengahkan kepentingan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.”

“Hasrat, niat serta matlamat program ini begitu murni sekali iaitu membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid seterusnya akan melahirkan murid-murid yang suka membaca dan cintakan ilmu,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran program KM1M peringkat negeri Sabah di SMK Tamparuli pagi tadi.

Maimunah (tengah) bersama hadirin yang lain ketika pelancaran membaca selama 10 yang serentak diadakan di seluruh negara.-Gambar Oleh Alex Mairin

Maimunah (tengah) bersama hadirin yang lain ketika pelancaran membaca selama 10 minit  yang serentak diadakan di seluruh negara.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tambah beliau, dalam membudayakan amalam membaca masyarakat bukan sahaja boleh membuat pembacaan melalui bahan cetak tetapi juga boleh mengamalkan amalan membaca melalui bahan digital seperti e-Book yang mudah didapati dan diakses.

Jumlah penyertaan yang menyertai program ini yang akan diadakan sehingga 6 April  menunjukkan peningkatan pada tahun ini dengan menyaksikan penyertaan seramai 1621 orang berbanding 1172 tahun lalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

2016_0404_10061800

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan