Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Memandu di bawah pengaruh alkohol, lima ditahan

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan seramai lima orang pemandu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kesemua tangkapan ditahan di bawah Syeksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi OP Samseng Jalanan dan OP Mabuk, di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi berkenaan pihak polis juga turut mengeluarkan 15 saman atas pelbagai kesalahan serta turut menyita tiga buah motorsikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, operasi ini merupakan salah satu langkah untuk menangani masalah kesalahan lalu lintas yang dijalankan secara berterusan.

“Dalam operasi ini seramai 30 orang telah diperiksa yang melibatkan sebanyak 25 buah kenderaan pelbagai jenis,”katanya.

Kesemua tangkapan adalah dalam lingkungan 27 hingga 50 tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pihak polis ketika operasi berkenaan.
Pihak polis ketika operasi berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan