Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Memancing: 72 peserta rebut kejuaraan

PEMANCING TEGAR... sebahagian peserta pertandingan memancing bergambar kenangan dengan Dr Morni dan Hibiki semasa majlis perasmian tersebut.
PEMANCING TEGAR… sebahagian peserta pertandingan memancing bergambar kenangan dengan Dr Morni dan Hibiki semasa majlis perasmian tersebut.

KOTA KINABALU – Seramai 72 peserta bersaing untuk merebut kejuaraan dalam Pertandingan Memancing Laut Dalam 2015 anjuran Kelab Pemancing Tegar Kota Kinabalu (PTKK).

Hadiah berupa piala pertandingan serta hamper menanti bakal pemenang pertandingan itu yang diadakan di sekitar Pulau Mengalum selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mac ini.

Pengasas PTKK, Hibiki Tokai berkata, pertandingan berkenaan yang dirasmikan oleh Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Prof Dr Mornie Kambrie diadakan sempena ulangtahun pertama kelab itu ditubuhkan.

“Sebanyak enam buah kapal digunakan untuk membawa semua peserta ke lokasi pertandingan itu di sekitar Pulau Mengalum,” katanya pada majlis perasmian di jeti Ikan Todak di sini, semalam.

Katanya, pemenang akan diadili melalui berat ikan yang berjaya dipancing oleh peserta dalam pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh PTKK.

Berikutan sambutan yang menggalakkan pada pertandingan berkenaan, beliau berharap aktiviti seperti itu akan terus mendapat sokongan daripada para pemancing khususnya belia di seluruh negeri ini.

“Pelbagai aktiviti menarik akan dirancang sepanjang tahun ini yang diharapkan dapat menarik minat lebih ramai ahli baru mendaftar dalam kelab itu,” katanya lagi. – Sayangsabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan