Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Melacur, wanita warga Indonesia dipenjara dan denda 

7:24pm 29/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 638 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara selama dua minggu dan denda RM 4,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan melacur.

Evi Suyanti, 27 dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku telah melakukan kesalahan tersebut dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Bundusan Square, Penampang pada jam 10.40 malam pada 14 Januari, yang lalu.

Evi dihukum dibawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pihak penguatkuasa telah menyerbu kawasan kejadian dan menangkap tertuduh yang dipercayai sedang melakukan kegiatan pelacuran. Siasatan mendapati bahawa tertuduh mengaku melakukan kerja tersebut dengan rela hati.
Dalam mitigasi, peguam Luke Ressa Balang memohon agar hukuman denda dikenakan ke atas tertuduh kerana tertuduh menyesal atas kesalahan yang dilakukan itu. Selain itu, Luke juga memohon agar Evi tidak dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tempoh masa bagi pas lawatannya masih sah.
Walaubagaimanapun, mahkamah memerintah agar tertuduh dihantar ke Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan