Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mekanisme rumah mampu milik perlu dikaji semula

9:31pm 22/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 52 views Tempatan
Faisal ketika diwawancara oleh media

Faisal ketika diwawancara oleh media

KOTA KINABALU- Kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme bagi meningkatkan kemampuan belia memiliki rumah mampu milik perlu dikaji semula, kata Muhammad Faisal Mohamad Mohidin

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah berkata pengkajian semula mekanisme tersebut perlu kerana Sabah merupakan negeri yang perlu diberikan perhatian khususnya pembangunan perumahan luar bandar dikampung2 demi kebaikan belia dan juga masyarakat setempat.

Disamping itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan kuota khas sebanyak 20 peratus kepada belia di Sabah.

“Mereka ini mungkin terdiri daripada yabg mewakili majlis belia daerah atau gabungan persatuan belia di akar umbi,”katanya.

Sementara itu, Faisal turut mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula Dasar Kabotaj yang merupakan antara penyebab kenaikan harga barang termasuk kos kenaikan harga rumah di negeri ini.

Katanya, kos logistik yang tinggi itu menyebabkan harga rumah di Sabah meningkat sebanyak 30 peratus.

“Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan pasaran hartanah di Sabah adalah kenaikan mendadak harga tanah terutamanya di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya.

“Kenaikan mendadak ini disebabkan oleh pasaran di mana permintaan melebihi bekalan. Pemaju perumahan tempatan terpaksa bersaing dengan pemaju luar (dari Semenanjung) bagi mendapatkan tapak yang sesuai. Ini menyebabkan pemilik tanah memilih untuk menaikkan harga tanah,” ujarnya. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

“Tanpa penerbitan buku tersebut, ia menyebabkan tidak semua orang luar dari Borneo ini akan tahun bahawa Sabah kaya dengan alam semula jadi,”ujar beliau.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pengetahuan masyarakat setempat akan meningkat mengenai ekologi serta haiwan mamalia yang jarang dijumpai seperti yang dinyatakan dalam buku tersebut.

Hadir sama, penulis buku itu, Quentin Phillipps dan penerbit buku, Datuk C.L Lau. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan