Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mekanik maut kereta bertembung lori tangki

Keadaan kenderaan yang terbabi dalam kemalangan di Kolometer 60, Jalan Tawau-Kunak, semalam. Foto Ihsan Pembaca

 

TAWAU: Seorang mekanik maut apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah lori tangki di Kilometer 60, Jalan Tawau-Kunak, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 4.15 petang, penumpang Perodua Viva, Mohamad Sopian Ridzwan, 29, meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman.

Rakannya yang juga pemandu kenderaan, Norrahmat Salleh, 34, pula luka di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata nahas berlaku apabila kereta mangsa yang dalam perjalanan dari Kunak menghala ke Tawau, dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal lalu hilang kawalan.

“Kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung lori tangki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadil berkata, Mohamad Sopian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kunak, manakala pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

Keadaan kenderaan yang terbabi dalam kemalangan di Kolometer 60, Jalan Tawau-Kunak, semalam. Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan