Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Media sosial mudah tokok tambah, spekulasi berita: Japen

Almain ketika berucap dalam majlis tersebut- foto ihsan Jabatan Penerangan
Almain ketika berucap dalam majlis tersebut- foto ihsan Jabatan Penerangan

SANDAKAN – Masyarakat di negeri ini digesa agar lebih bijak menilai segala bentuk maklumat mahupun berita yang diperolehi melalui media sosial.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah (Japen), Datuk Almain Ajirul menjelaskan bahawa meskipun pelbagai maklumat dan berita yang diperolehi melalui media sosial adalah pantas, namun masyarakat perlu meneliti terlebih dahulu sumber maklumat tersebut diperolehi agar tidak tertipu.

“Pelbagai maklumat melalui laman media sosial mudah ditokok tambah dan dinafikan kebenarannya sekiranya berita tersebut hanyalah bersifat spekulasi dan hanya disensasikan oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya dalam Majlis Iftar Ramadan Sehati Sejiwa Pengarah Japen Sabah Bersama Komuniti 1Malaysia (K1M) Bahagian Sandakan 2015, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dari Pusat Zakat Sandakan.

Almain memberikan contoh, pelbagai berita palsu disebarkan dalam media sosial berkaitan kejadian gempa bumi yang melanda negeri ini baru-baru ini dengan niat memburukkan keadaan serta menjejaskan imej jabatan dan agensi yang terlibat yang telah banyak membantu mangsa.

Justeru, katanya, masyarakat haruslah peka dengan apa yang berlaku di sekeliling dan hanya mempercayai maklumat yang datang dari sumber benar-benar sahih agar tidak terus terkeliru. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan