Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Media perlu laporkan berita sahih dan bukannya spekulasi-Musa

8:00pm 06/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Rencana,Tempatan
Musa (11 dari kanan) bersama para penerima anugerah kewartanan Shell Kinabalu ke 24

Musa (11 dari kanan) bersama para penerima anugerah kewartanan Shell Kinabalu ke 24. Foto Alex Mairin/SayangSabah

 

MEDIA sebagai medium pengantaraan tidak pernah gagal memberi maklumat serta informasi berkenaan segala peristiwa penting yang berlaku di negara kita khususnya di Sabah.

Para wartawan telah banyak mengorbankan masa dan waktu, tenaga bagi menyalurkan informasi kepada masyarakat. Mereka bertungkus-lumus memastikan segala maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat sentiasa tepat dan benar.

Justeru itu, sumbangan mereka yang tidak berbelah bagi itu wajar diberikan pengiktirafan sebagai pendorong kepada para wartawan agar lebih berusaha dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Shell Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Persatuan Wartawan Sabah telah menganjurkan Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu bagi kali ke-24, di Magellan Sutera, disini, semalam.

Terdapat beberapa kategori telah dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada media tempatan Sabah termasuklah Anugerah Kewartawanan (rencana), Anugerah Wartawan Sukan dan Anugerah Fotografi Terbaik.

DSCF9867

Musa menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu. Foto Alex Mairin/SayangSabah

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau turut memuji usaha pihak yang terlibat dalam penganjuran malam anugerah tersebut.

Selain itu, katanya, media mempunyai peranan penting kepada masyarakat terutamanya melalui cara pelaporan mereka.

“Para wartawan perlu membuat laporan dengan bijak untuk kebaikan masyarakat. Pelaporan yang salah adalah tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kepada kemudaratan,” katanya.

Disamping itu, Musa turut menyeru kepada para wartawan agar menyampaikan laporan berdasarkan fakta dan bukan spekulasi kerana ia akan memberi gambaran yang salah sekaligus menyebabkan kebimbangan atau panik dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat gembira kerana media di Sabah amat bertanggungjawab dalam mengetengahkan berita yang signifikan dan penting, dengan menulis mengenai pembangunan, kemajuan sosio-ekonomi dan juga melaporkan keperluan dan rungutan rakyat,”ujarnya.

Dalam masa sama, majlis berkenaan turut dimeriahkan oleh Juara Bintang RTM 2016, Rosario Ninih dan acara cabutan bertuah.

Turut hadir, Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo serta media tempatan Sabah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

DSCF9888

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan