Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Media Harus Main Peranan Penting Dalam Pembangunan Ekonomi Sabah

musa-aman-600x366
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menggesa media memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Sabah.

Beliau berkata laporan media berperanan sebagai faktor penyumbang bagi menggalakkan pelabur yang berpotensi untuk menaruh keyakinan mereka di negeri ini.

“Wartawan mempunyai peranan penting dalam masyarakat. Orang ramai bergantung kepada anda untuk laporan yang benar dan tepat, dan laporan anda perlu berdasarkan fakta yang kukuh dan tidak berdasarkan spekulasi semata-mata.

“Ketika maklumat, sama ada benar atau palsu, kini boleh diakses di hujung jari, media sekarang perlu lebih bertanggungjawab untuk memastikan laporan mereka adalah tepat,” kata beliau pada Majlis Penyampaian Anugerah Kewartawanan Kinabalu Shell di sini malam ini.

Anugerah ini merupakan program tiga pihak membabitkan kerajaan negeri, Shell Malaysia dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA).

Musa juga berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan operator dan rakan-rakan dalam sektor minyak dan gas untuk sentiasa memacu pembangunan nilai dan ekonomi melalui operasi dan pelaburan di negeri ini.

Beliau berkata Shell kekal sebagai pengendali utama minyak dan gas yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara melalui operasi laut dalam.

“Melalui operasinya di Sabah, Shell juga menyumbang kepada pembangunan sumber manusia sejajar dengan inisiatif pembangunan kapasiti dan baru-baru ini, saya diminta untuk memberi input untuk video sebagai sebahagian daripada program LiveWire Shell, inisiatif yang mula diperkenalkan di UK pada 1982.

“Sekarang LiveWire bertapak di Malaysia dan Sabah merupakan negeri pertama program ini akan dilaksanakan dan saya amat gembira Shell memainkan peranan dalam membangunkan keupayaan belia kita,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan