Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Media disarankan terus bekerjasama dengan pihak JPAM-Jainab

6:58pm 11/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil media RTM, yang disaksikan oleh Mulliadi (kedua dari kanan) dan Hazle (kiri)

Jainab menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil media RTM, yang disaksikan oleh Mulliadi (kedua dari kanan) dan Hazle (kiri)

KOTA KINABALU- Pihak media disaran untuk meneruskan hubungan baik bersama semua pihak khususnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) agar kesepakatan dan kemuafakatan media bersama JPAM terus terjalin, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Menterinya, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid berkata pihak media berperanan untuk memperkukuhkan medium penyampaian kecemasan, keselamatan dan bencana di negara ini.

“Penggunaan pelbagai saluran media cetak dan elektronik menerusi penulisan kreatif dan video merupakan salah satu pendekatan yang berkesan dalam menyalurkan maklumat dan mendorong masyarakat umum lebih mengetahui perkembangan semasa berkaitan bencana dan gerak kerja JPAM khasnya.

“Susulan daripada beberapa kejadian bencana yang berlaku pada ketika ini,saya percaya masyarakat umum pastinya mahukan berita dan penulisan- penulisan yang sahih, benar dan tetap sampai kepada mereka,”katanya.

Jainab berkata demikian semasa berucap di Majlis Apresiasi JPAM dan Media bersama Pemimpin peringkat daerah Kota Kinabalu, di Kompleks Tabung Haji, disini, hari ini (11 Mac).

Sementara itu, Jainab turut berkata bahawa jasa dan khidmat bakti para anggota sukarelawan JPAM juga perlu dihargai oleh semua pihak.

Jainab menerima cenderahati daripada Hazle.

Jainab menerima cenderahati daripada Hazle.

“Tidak dinafikan, tanggungjawab para petugas ini amat besar peranannya dalam menjadi tonggak kepada keberkesanan gerak kerja khidmat kemanusiaan yang dijalankan.

“Tanpa adanya mereka, tugas dan peranan tersebut tidak dapat digalaskan oleh individu yang tidak mempunyai kebolehan dan kemahiran khusus,” ujarnya.

bersempena majlis tersebut, para media, petugas sukarelawan ‘Ops Kinabalu’ dan anggota sukarelawan yang berkhidmat melebihi 20 tahun turut diberi penghargaan.

Hadir sama,Pengarah JPAM Sabah, Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Leftenan (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid, Pengetua Cemerlang SMK Inanam, Datin Hjh. Noorayati Muhamad. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Jainab menyampaikan sijil penghargaan kepada PS (PA) Ruslie Mohd Aslie atas perkhidmatan beliau selama 20 tahun sebagai anggota sukarelawan

Jainab menyampaikan sijil penghargaan kepada PS (PA) Ruslie Mohd Aslie atas perkhidmatan beliau selama 20 tahun sebagai anggota sukarelawan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan