Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MDKP ambil langkah proaktif tangani penularan virus zika

7:03pm 06/09/2016 Leolerry Lajius 90 views Tempatan

MENUMBUK : Majlis Daerah Kuala Penyu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan kes Virus Zika ke daerah tersebut.

Pegawai Eksekutif Majlis  Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, antara langkah yang diambil ialah memastikan tahap kebersihan khususnya di kawasan Pekan di pertingkatkan terutamanya pengawasan tempat yang boleh menjadi tempat pembaikan nyamuk.

Katanya ,Majlis Daerah Kuala Penyu juga akan mempertingkatkan kerja pembersihan sampah, perparitan dan kawasan terbuka,manakala kebersihan kawasan tapak pembinaan juga akan dipantau dari masa ke masa” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Gegar Merdeka 10,000 langkah berjalan kaki serentak di seluruh negara  bagi peringkat daerah Kuala Penyu/Menumbok  di dewan Awang Samaun dekat sini baru baru ini.

Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Menumbok yang diwakili oleh Penolong Pegawai Takbir Kanan  Pejabat daerah Menumbok Abd.Karim AM Zahari yang juga turut dihadiri oleh Naib Ketua Umno Bahagian beaufort Pg. Japar Pg Osman.

Menurut Mohd Fadzlee  di peringkat kementerian satu mesyuarat telah pun diadakan bagi membincangkan tindakan pencegahan dan gotong royong bagi penghapusan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan Virus Zika sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman baru-baru ini yang mahukan setiap PBT di negeri ini melancarkan program gotong royong dan meningkatkan langkah untuk memastikan kawasan di bawah kuasa pentadbiran PBT bebas daripada tempat pembaiakan nyamuk

“ Kita berharap usaha untuk menangani virus Zika ini akan mendapat sokongan dari orang ramai, dan pihak Majlis Daerah Kuala Penyu bersedia memberikan kerjasama dengan  komuniti kampung yang ada di daerah ini yang menganjurkan program gotong royong dan sebagainya bagi mencegah penularan Virus Zika ” katanya.

Tambah Mohd Fadzlee yang juga Timbalan ketua Umno bahagian Beaufort ,kesedaran anggota masyarakat itu penting bagi memastikan kawasan komuniti bebas daripada pembiakan nyamuk iaitu melalui cara mengadakan pelbagai program kebersihan khususnya gotong-royong membersih kawasan persekitaran.

Mengulas program tersebut Mohd Fadzlee berkata ianya merupakan program terbaik bagi mempupuk masyarakat mengamalkan budaya sehat dalam kehidupan mereka melalui amalan bersenam.

“ Kesihatan yang baik bukan sahaja dilihat dari segi persekitaran namun amalan budaya hidup sehat seperti amalan pemakanan dan juga budaya bersenam merupakan eleman penting bagi melahirkan masyarakat yang sihat “ katanya./SayangSabah

Kelihatan Abd.Karim bersama Mohd Fadzlee mengetuai acara berjalan kaki bagi program Gegar Merdeka 10,000 langkah berjalan kaki serentak di seluruh negara  bagi peringkat daerah Kuala Penyu/Menumbok.

Kelihatan Abd.Karim bersama Mohd Fadzlee mengetuai acara berjalan kaki bagi program Gegar Merdeka 10,000 langkah berjalan kaki serentak di seluruh negara bagi peringkat daerah Kuala Penyu/Menumbok.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan