Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MD perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan

Ketibaan Radin Malleh (kanan) disambut beberapa Ahli Majlis Daerah Tenom bagi tahun 2015-2016. - foto Kalawon Sawing
Ketibaan Radin Malleh (kanan) disambut beberapa Ahli Majlis Daerah Tenom bagi tahun 2015-2016. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Majlis Daerah merupakan nukleus bagi seluruh aktiviti pembangunan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan sesebuah kawasan perbandaran atau pekan dan ia bertanggungjawab menjadi penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan dalam sesuatu kawasan pekan atau perbandaran.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, Majlis Daerah juga merupakan salah satu jentera kerajaan untuk menyalurkan dan menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada rakyat.

“Di samping itu, ia juga menjadi pemudahcara dalam menyampaikan pelbagai maklumbalas rakyat kepada kerajaan mengenai perkara berkaitan dengan aktiviti pembangunan dan sosioekonomi setempat serta memantau dan menyelenggara aspek kebersihan dan keindahan kawasan perkadaran majlis daerah berkenaan” katanya semasa berucap menyampaikan amanat dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Tenom Sesi 2015 – 2016, di sini hari ini.

Seramai 17 Ahli Majlis Daerah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah pada majlis itu terdiri daripada Jack Jatil Unggok, Matusin Balang, Aripin Kulipo, Sukimin Rukini, Patar Saluang, Zulkifli Empin, Tajudin Tawid, Fatimah Ibrahim, Molin Morris, Tai Nyuk [email protected] Tai, Rosnah Ullap, Chin Su Fook, Ng Tet Hau, Balasius
Masuning, Yong Fui Choon, Primus Koh dan [email protected] Tumin.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pegawai Daerah Tenom yang juga Pengerusi Majlis Daerah Tenom, Madiyem Layapan.

Dalam pada itu, Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, peranan Majlis Daerah ialah untuk memberikan perkhidmatan meliputi aspek kesejahteraan, keselamatan dan lalu lintas awam, pemantauan, penyelenggaraan dan kebersihan kemudahan awam.

Justeru, beliau menyarankan agar Ahli Majlis Daerah yang baharu dilantik termasuklah mereka yang pernah menjadi ahli pada penggal yang lalu perlu diberi kursus atau bengkel mengenai peranan, bidang tugas dan skop kerja bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan masing-masing. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan