Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MCA Penampang tampil dengan 5 resolusi

MCA.

PENAMPANG: MCA Bahagian Penampang tampil dengan lima resolusi pada perhimpunan agung tahunannya.

Pengerusi MCA Bahagian Penampang, Datuk Paul Kong Shin Chu berkata, antara resolusi itu adalah menggesa kerajaan menimbang pembinaan aliran transit ringan (LRT) atau sistem transit aliran massa (MRT) di Kota Kinabalu termasuk di sini.

Katanya, pembinaan itu kelak mampu mengurangkan masalah kesesakan teruk di kedua-dua daerah terbabit pada waktu puncak.

“Selain itu, kita juga merasakan kerajaan perlu melihat pelebaran dan pembinaan jalan raya sedia ada serta baharu dan jambatan bertingkat,” katanya di sini semalam.

Resolusi itu diserahkan Shin Chu kepada Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Wee Jeck Seng yang hadir merasmikan perhimpunan berkenaan.

Jelas beliau, dua daerah itu merupakan kawasan yang membangun dengan pesat di negeri ini.

Resolusi lain diputuskan dalam perhimpunan tersebut adalah memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Komen


Berita Berkaitan